11 March 2010

Di sini aku..

Akhirnya terwujudlah blog aku sendiri; sebenarnya malam ni aku agak happy selepas pening-pening, mual-mual & kemudian muntah-muntah. Gejala-gejala tersebut mungkin disebabkan makanan yang aku & abang aku makan awal malam tadi. Abang aku; "entah-entah diorang letak dadah dalam makanan kite.." aku; tergelak kecik. Aku happy sebab gejala-gejala tu sekejap je. Pastu bila sampai di rumah dapat pulak makan piza & sup cendawan. Tak cukup lagi aku makan pulak ais krim raspberry ripple + choco sauce. Best je. Sambil tu aku baca posts dari blog-blog orang lain yang agak menggeli-hatikan. Itulah yang buat aku akhirnya melancarkan jugak blog aku sendiri ni. Niat memang dah lama ada, tapi entahlah.

Jadi sebagai permulaan, aku nak kenalkan sikit pasal aku kat sesiapa yang sudi membaca. Aku ialah seorang Arifufu, umur 24 mengikut waktu tempatan, seorang lelaki 60~62kilo, bertinggi kurang-lebih 1.72m, lagi? Lahir, membesar & masih tinggal di Rawang. Bekerja sebagai Tukang Cuci (bukan nama sebenar) di sebuah syarikat webhosting, di KL. Huu..

Kenapa renjatan paradigma? Ok memule aku nak tuka penggunaan ayat. Lain macam je taip gune bahasa baku, gune perkataan penuh pun da cukup pelik. Biasenye kite dengar "Anjakan Paradigma" kan? Anjakan paradigma ni maksud senangnye bagi aku ialah perubahan pola atau cara. Biasenye dalam cara hidup seseorang, ke aras lebih tinggi atau ke arah lebih baik. Jadi renjatan paradigma ni ialah faktor-faktor sekeliling yang mengganggu proses tu dan kekadang renjatan ni boleh gak meng-accelerate anjakan paradigma tu. Kalau ade sesiape yang penah rase, marila kongsi sesame ye..

Until next time ;) muahx!

No comments: