11 July 2010

Buat kamu si bintang hati..

Sayangku,

Pernah kau katakan aku pandai bermain kata,
Tapi aku tak pandai meluahkan,
Bukan aku tak maksudkan segalanya,
Tetapi lebih dari itu yang ku rasakan..

Sayangku,

Dahulu pernah aku mendambakan mu,
"Andai aku miliki wanita ini.." kata hati,
Tanpa ku sangka dimakbulkan doaku,
Tidak akan ku siakan peluang ini..

Sayangku,

Hadirnya kau dalam hidupku,
Membawa bersama seribu erti,
Kini kau sebahagian hidupku,
Biar bersama ke akhir nanti..

Sayangku,

Hari ini hari lahirmu,
Bermakna untuk diriku ini,
Dan seandainya aku mampu,
Inginku rai setiap hari..

Selamat hari lahir bintang hatiku~

03 July 2010

Hari ini bulan julai..

Salam,

Selamat bulan julai ;) hee..bulan ni agak instimewa..sebab ada sesuatu yang ingin dilakukan beberapa hari lagi..berdebar bila difikirkan..harap semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan..amin..

sedikit info untuk dikongsi; bulan julai secara puratanya merupakan bulan yang paling panas di hemisfera utara dan bulan paling sejuk di hemisfera selatan..dan hari pertama bulan julai adalah sama dengan hari pertama bulan april pada setiap tahun, tetapi sama dengan hari pertama bulan januari pada setiap tahun lompat..(wikipedia)

terima kasih daun keladi,
bebila rajin baca la lagi :p