03 October 2010

Mari memperomotkan..

Assalamualaikum,

Sihat? Da makan? Da tito? Haip, bangun². Meh sini bce ni dlu. Pastu bley tito. Hee. Kali ni saye nak memperkenalkan http://efaninaartwork.blogspot.com/ Ade ape kat situ? Haa. Kalau anda seorang wanita yang suke pakai tudung,selendang, mesti anda suke ;) sebab kat situ de jual inner chanteq, selendang chanteq & sumenye memang cantik! Meh tengok preview sket:

 Tengokla model² tu..teringin tak nak pakai selendang chanteq macam dorang?

Selendang yang unik..bukan je cantik..
 
Amacam? Cantik kan?
 
Ni order form..nak order kene isi..


Setuju tak saye kate cantik? Kan Kan? Hee.. Kalau tak puas lagi gi je kat link tu (memang kene gi pun kan) Be happy & selamat bershopping ea ;)

Until next year, eh next time :p

03 September 2010

Selamat selamat hari raya..

Assalamualaikum! :D

Harap sape² je yang sudi bace post ni dalam keadaan sihat² belake. Alhamdulillah. Kali ni nak kongsi perkara berkaitan raye. Ye la kan da nak raye ni. Bile pikir² pasal raye ni, semua orang mesti selonok kan. Ni da tinggal bape ari je lagi nak raye, lagi la terase keselonokannye. Muahaha. Selonok². Syukur². Semoga kite sume dipanjangkan umo, dapat raye taun depan lak. Pastu taun lagi satu. Taun seterusnya. Dan lagi dan lagi.

Alamak da terlencong sket la. Hihi. Sebenarnye nak cite pasal kad raya. Oyeah. Semalam kan. Kan kan. Saye telah menerima sebuah kad raye yang sangat² best! Sape bagi?? Ala takkan tak tau, mesti la my bintang hati. Ngee :) Excited sangat sebab ni kali petame dapat kad raye, hand made lak tu. Memang tak dapat la nak cari kat kedai. Kad ni de sampul yang spesel warne putih, siap reben hijau. Cantik wo. Kad lak warne hijau, cantik. De bling² bentuk bulan. De tulisan tangan buah hati. Tandetangan. Lukisan. Pelita. Pendek kate memang best la. So meh nak tunjuk sket:

Sampul dengan rebennye

Close-up sket reben hijau

Ni la muka depan kad

Haa..bace tu..senyum dulu

Kat dalam de pelita, nasib tak terbakar :p

Cantik kan

Ayat² yang mengisi kad ni

Hee..comel!

Bintang hati & bulan

See see..best kan? Tengokla sampul pos ekspress tu

Memang best sangat kad raye ni. Berbunge² hati bile dapat. Buah hati saye tu memang sweet la. Sebelum ni pun penah bagi kad hand made yang sangat best. Touching. You're so sweet honey. Maceh cinta, untuk selamanya~

- Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin

22 August 2010

Saya Mau Renjatan!

Assalamualaikum,

Dengan penuh rasa sayu, gundah & rendah diri terciptalah post-entry yang ini. Sebak! Saya ingin berubah! Saya perlu berubah! Saya mau yang terbaik, jadi saya harus beri yang terbaik. Saya ingin melakukan yang terbaik. Saya ingin mampu melakukan segalanya yang terbaik. Saya ingin berubah menjadi lebih baik. Saya ingin lebih kuat & tabah. Saya ingin menjadi seorang yang berguna. Ya Allah, kuatkanlah diri ini. Keluarga saya, buah hati saya, doakanlah saya. Rakan-rakan, sokonglah niat saya ini. Saya perlukan renjatan. Renjatan yang mampu membuatkan saya teranjak ke satu tahap yang lebih baik. Saya maukannya (tak terdaya menyambung)

- kepada semua yang sentiasa di sisi & memberi sokongan, saya ucapkan banyak² terima kasih, akan saya ingat hingga ke akhir waktu

11 July 2010

Buat kamu si bintang hati..

Sayangku,

Pernah kau katakan aku pandai bermain kata,
Tapi aku tak pandai meluahkan,
Bukan aku tak maksudkan segalanya,
Tetapi lebih dari itu yang ku rasakan..

Sayangku,

Dahulu pernah aku mendambakan mu,
"Andai aku miliki wanita ini.." kata hati,
Tanpa ku sangka dimakbulkan doaku,
Tidak akan ku siakan peluang ini..

Sayangku,

Hadirnya kau dalam hidupku,
Membawa bersama seribu erti,
Kini kau sebahagian hidupku,
Biar bersama ke akhir nanti..

Sayangku,

Hari ini hari lahirmu,
Bermakna untuk diriku ini,
Dan seandainya aku mampu,
Inginku rai setiap hari..

Selamat hari lahir bintang hatiku~

03 July 2010

Hari ini bulan julai..

Salam,

Selamat bulan julai ;) hee..bulan ni agak instimewa..sebab ada sesuatu yang ingin dilakukan beberapa hari lagi..berdebar bila difikirkan..harap semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan..amin..

sedikit info untuk dikongsi; bulan julai secara puratanya merupakan bulan yang paling panas di hemisfera utara dan bulan paling sejuk di hemisfera selatan..dan hari pertama bulan julai adalah sama dengan hari pertama bulan april pada setiap tahun, tetapi sama dengan hari pertama bulan januari pada setiap tahun lompat..(wikipedia)

terima kasih daun keladi,
bebila rajin baca la lagi :p

30 June 2010

Senyum-bersenyum-menyenyum?

Salam,

Mari kita senyum². Kepada yang memang suka senyum, tahniah. Tak lupa juga kepada yang mudah tersenyum. Kepada yang memang punya muka senyum, anda bertuah. Kepada yang memang senyum memanjang tanpa perasaan lain, anda tersangat bahagiakah? Baiklah, kembali kepada tajuk kali ini. Apakah senyum? Senyum adalah ekspresi wajah yang terhasil dengan menegangkan otot² di hujung kedua² belah mulut. Juga terdapat sejenis senyuman yang turut kelihatan pada mata. Bagaimana? Pergi ke hadapan cermin, senyum dan kecikkan sedikit mata anda. Lebih kurang begitulah rupanya. Penulis pula gemar senyum dengan menampakkan gigi, nampak lebih menyeronokkan.

Di kalangan manusia (haiwan juga senyum), senyuman adalah ekspresi rasa seronok, bahagia atau terhibur. Kebiasaanya senyuman adalah tanda kebahagiaan sesorang. Tetapi di kalangan haiwan, menunjukkan gigi yang mungkin kelihatan seperti sebuah senyuman adalah satu bentuk amaran. Bagi cipanzi, ia adalah satu tanda ketakutan (penulis tidak takut bila senyum menunjukkan gigi).

Selain menunjukkan rasa, senyuman juga dapat membuat manusia lain ikut tersenyum. Cubalah senyum dengan senyuman paling bagus yang anda mampu berikan dan senyum pada setiap orang yang andai temui. Mungkin semuanya akan membalas senyuman anda. Tapi awas, jangan dicuba pada haiwan peliharaan mahupun haiwan ternakan. Bimbang akan dijangkiti penyakit pula mereka nanti.

Akhir kata, penulis dengan ini ingin menyeru semua orang² kampung & rakyat tempatan supaya senyumlah selalu.

Thank you the very much!

p/s: penulis sedang tersenyum² sebab seseorang ;)

29 June 2010

miss

–verb (used with object)

1. to fail to hit or strike: to miss a target.
2. to fail to encounter, meet, catch, etc.: to miss a train.
3. to fail to take advantage of: to miss a chance.
4. to fail to be present at or for: to miss a day of school.
5. to notice the absence or loss of: When did you first miss your wallet?
6. to regret the absence or loss of: I miss you all dreadfully.
7. to escape or avoid: He just missed being caught.
8. to fail to perceive or understand: to miss the point of a remark. 
 "hariku janggal, malamku sayu, dalam tidur turut merindu.."

27 June 2010

Semalam hari apa?

Semalam hari sabtuuu..

semalam aku buat ape ea?jap tengah try ingat..pagi: belum sedar diri..dekat² tengahari baru terjaga..itupun sebab buahati kejutkan..hee..pastu da dapat borak² dengan yang tersayang baru la balik..tapi sebelum balik aku buat ape ea?yang aku ingat aku masuk toilet basuh muka..eh tu mse tejaga lagi..aku gosok gigi..pastu minum air suam..tutup suis tabung air..tabung ke?lap meja kat pantri..susun² sikit..alamak!baru teringat aku lupa bawak sampah yang da penuh..huhuhu..pastu lipat pakaian hujan..masukkan dalam beg..pastu ape lagi ea?itu je kut..

da keluar ofis aku tekejut sebab ramai sangat orang kat depan ofis sebelah..da la malam tu aku turunkan shutter dari dalam..mesti de beberapa orang kat lua tu tekejut bile shutter ofis aku tetiba naik sendiri masa aku nak keluar tu..haha tapi ok la kan..aku pun tekejut :D pastu aku kunci sume yang patut dikuncikan..aku pun cepat² gi dari situ..dorang ade la dalam 40-50 orang..ramai tuu..nasib la tade perasaan kat dorang² tu..kalau tak mesti da rase macam kucen lalu kat situ..nasib baik gak telupe bawak sampah turun mase tu..hahaha..

lepas tu turun ke tempat parking..bukak kunci..letak beg dalam bakul..start moto yang da semput² tu..jalan..pak guard yang jaga bawah tu dari jauh lagi da angkat tangan..skang aku tengok muka dia je ari² (walaupun aku bukannya pergi keje ari²..hoho)..mane tah pegi guard² yang lain..dulu banyak je..kene culik kut..lepas tu lepas tu?dalam perjalanan tade pape yang menarik pun..tapi bile sampai je tempat yang jammed baru aku teringat "arini ari sabtu memang jammed la.." so perjalanan tak menarik pun..isi minyak..pastu singgah 7e beli topup..aku lupa lak bukak topi keledar sebelum masuk so kene tegur dengan cashier..hee sori2 saya terlupa la..

sampai rumah aku masukkan topup..mesej bagitau da sampai kat sayang aku..pastu siap² nak mandi tetiba sepupu aku pun sampai..kitorang akan ke rumah seorang kawan untuk menghantar yong tau fu yang di order..tapi sepupu aku bawak ke rumah aku untuk disiang² dulu..aku cepat² mandi dan buat semua yang patut..lepas tu aku pun tolong potong²kan semua bahan dan rebuskan..masukkan dalam pelastik..tak lupa tolong rasakan sikit..nasib la perut aku dalam mod slim sekarang ni..kalau tidak memang da telan banyak da..hihi..

da siap sediakan semuanya aku pun mandi dan siap² untuk menghantar..sepatutnya keluar 5 setengah tapi 6 lebih baru bergerak..terperangkap dalam jammed je da beberapa puluh minit..ikut guthrie ke shah alam..sepupu aku exit bukit jelutong untuk cari stesen minyak tapi last² masuk guthrie semula..isi kat petronas federal higway kat shah alam..kalut betul..da la tu sesat² bila da betul² nak dekat sampai destinasi..geram je..sepupu aku asyik cakap jangan ikut sangat gps tu..tapi bukan salah kat gps pun..sama ada salah masukkan koordinat atau salah peta..haha..padahal memang da dekat pun..sesampai di destinasi aku hidangkan yong tau fu dalam dulang..lepas tu masukkan kuah dalam bekas..makan tembikai sikit..tolong kirimkan salam..tolong bakar ayam..tolong rasa..tolong minum..tolong makan nugget..tolong makan bahulu gulung yang memula aku sebut tat gulung..ngee..tolong balik..

dalam pukul 10 kitorang pun gerak balik ke rawang..balik senang je..tapi sepupu aku boleh pulak ngantuk² masa drive..siap tepejam 2 3 kali..aku mintak berenti bagi aku drive tak mau..aku pasang lagu pun macam tak jalan..last² aku tolong picitkan untuk kurangkan ngantuk..tapi masa keluar lagu Yang Terindah cerita Adamaya tu tetiba dia segar..tanya aku tengok sampai habis tak cerita tu..aku jawabla tak..dia kata dia tak pernah tinggal pun..wahaha tetiba dia segar semacam..aku layan jela..aku tanya macam mana episod last cerita tu..dia pun cerita la..sampai la kerumah dia segar camtu..lawak betul..

sesampai di rumah..macam biasa aku akan mesejkan kat sweet heart aku..masa aku balik rumah aku memang meriah sebab anak² buah aku semua ada..termasuk Ammar-Daniel..aku layan jap anak² kakak aku..makan sup sikit..lepas tu aku mandi sebab nak manja²kan Ammar..dapat dukung Ammar sekejap..da besar da baby comel tu..geram! da dapat dukung Ammar aku pun masuk bilik..yeayyy..dapat borak dengan lovely..hihi..sampai la masa menaip ni pun..lepas ni aku nak guling² atas katil..manja² dengan bantal selimut..pastu aku tak tau la..so sampai sini jela post kali ini..

telima kasih aaaa..

Saya lupa tajuk asal!

Yeay!! :D

Besh besh! akhirnya da dapat follower pertama! orang yang istimewa lak tu ;) thanks u u u u..hee..pastu terus dapat idea untuk post baru..gembira betul!

08 May 2010

Pilihan hari ini..

Yo! Wasap-wasap?!
Ngeee.. Biadap tul aku arini. Patutnye bagi la salam. Sopan-santun la sikit de..

Salam..
Hu.. Arini lepas aku pk², aku pilih nak share pasal 5800 aku. Ape binatang la 5800 ni? Well, 5800 ni hp nokia aku. Umo die mude je lagi. Baru je bulan 1 aritu lahirnye. Best ke? Umm.. Bagi aku la kan, dalam kategori harga & spec die hp ni agak best la. Lagipun hp ni popular sebab tu pun. Murah, menarik, bley tekan² kat skrin die.

Pasal spec, bley la aku share sket. Hp ni support up to 3.5G. Berat die 109g je. Berat bersih kut. Lepas aku pakaikan die baju tambah la sket, 2-3 gram. Pastu skrin die, mantapp. Aku memang suke dengan resolusi skrin dengan kejelasan die pe sume. Tengok muvie best je. Touchscreen lak tu kan. Stereo speaker lagi. Tapi biasenye aku cucuk headphone. Hp ni datang dengan 8gb microSD. Bagi aku banyak da tu. Takde perancangan pun nak upgrade tapi hp ni mmg bley support sampai 16gb. Tak tau la aku nak letak ape kalau memory card aku besar tu.

Pastu hp ni ade wifi & a-gps. Senang aku kalau nak bejalan (cari jalan). Software gps aku guna garmin. Nokia Maps yang ada dalam hp ni ok, senang guna berbanding yang lama. Tapi peta malaysia yang nokia bekalkan tak updated. Kalau tidak aku gune tu je. Taip pasal updated baru aku ingat, da lame tak update peta garmin aku. Takpe², sat lagi aku pi update. Kamera hp ni, best la untuk 3.2mp (sebenarnye 3.15mp je) sebab ada auto focus. Seronok la nak snap². Lepas update firmware hp ni baru² ni aku perasan kualiti gambar kamera pun lagi cantik. Ok la tuu.. Oh lagi 1, kamera hp ni support geotagging. Kalau gune garmin, bley tengok gambar² aku tangkap katne dalam peta. Untuk video, pun cantik gak. Bley rakam video dalam widescreen format. Bile tengok balik kat tv cantik, puas hati la.

Dari info² yang aku bace, cpu hp ni mse dikuakan speed die dalam 400MHz tapi semenjak FW v40 nokia da naikkan sampai 600MHz. Aku rase 400MHz tu pun da laju bagi sebijik hp. Yela, hp² generasi sebelum ni kebanyakannye 200MHz je. Kalau la dorang bley naikkan ram dengan FW update je. Hahaha, merepek. Dari segi bateri lak, ok la. Memandangkan aku tak gune secara ekstrim, boleh la tahan sampai 2 hari kalau tak caj.

Overall, spec hp ni kurang-lebih macam N97 gak la. Bezanya kat storage, ram & kamera. Pastu N97 ni ada slide-out keyboard. Tapi tu sume tak cukup untuk buat aku tergoda. Da la mahal. Hp ni pun aku beli ansuran dengan bantuan bos aku (tenkiu boshh)

So, sampai sini jela sharing is caring kali ni. Aku tatau nak share ape lagi pasal hp ni. Kalau nak tanye pape, jangan malu² ea.

Telima kasih daun kelubi, ada lejeki jumpe lagi ;)

14 April 2010

Motorsikalku & tayar-tayarnya..

Assalamualaikum wbt.

Kehadapan adinda errr..hehehe..tersasul la pulak..fuhhhh..penat bangat aku kali ni..camni ceritanya, tadi dalam perjalanan balik aku singgah la bhp sebelah plaza idaman nak isi minyak..lepas isi minyak konon²nya nak tambah angin tayar..alih² terjadi pulak tragedi (ke trajedi?)..pam angin tu tak berfungsi dengan sepatutnya..abes semua angin dalam tayar aku..nasib la aku pam tayar belakang dulu (nanti aku terangkan kenapa)..

da jadi macam tu aku tanya la mamat yang jaga kaunter bhp tu..tapi memang tak membantu langsung la..aduh..aku duduk jap tepi motor..tengok² nombor sesiapa yang boleh aku dail..huu..teringat kat sorang brother yang penah offer nak tolong kalau ada masalah dengan motor..haishh malang jugak..mana pulak la nombor brother ni..kat dua² hp pulak tu..sengal sungguh aku ini..

masa tu jugak ada couple bergaduh entah pasal apa dekat dengan aku..si mamat tu bentikan kereta dia pastu suruh si minah tu pulak bawak kereta dia..yang si minah nangis² cakap "saya tanya je yang awak nak marah² ni kenapa?" last² minah tu bawak gak..agaknya minah tu tanya kenapa bawak laju sangat kut, pastu mamat tu bengang kut..agaknya la..huu..pelik²..

lepas tu aku call sorang lagi brother yang duk dekat² situ..tapi pagi² camni mesti da tito punya..tetttt..memang betul pun..haishh..aku try call lagi 1 nombor yang ada pada pam angin tu..tadi aku da call 2, tak berjawab..yang ni pun sama.."malasnye la nak menghadap masalah camni" dalam hati..memang menyampah kalau masalah² motor ni..penat..last² aku pun putuskan untuk tolak je motor aku sampai stesen minyak seterusnya..sebelum tu sempat lagi tanya kat mamat kaunter tu kalau² dia ada pam ke, ada member² yang boleh tolong pamkan ke (mat² tayar pancit 24jam kononnya, tapi..)

"fuhh beratnya motor ni..asal la time ni ko nak berat sangat.." dalam hati lagi..nasib la aku pam tayar belakang dulu tadi..sebabnya? kalau aku pam tayar depan dulu tadi, mesti angin tayar depan yang abes..kalau tayar depan yang kempis..fuhh nak menolak tu mesti tekentut² aku dibuatnya..masa menolak tu ada jugak la yang perihatin..bagus²..ada la sorang brother ni berenti tanya aku kenapa..aku pun bagitau la..dia nak tolong tolak tapi aku bagitau tak boleh nak tolak nanti koyak la tayar aku sebab angin abes langsung..aku pun cakap kat brother tu "takpe la bang.." beliau bersetuju lalu berkata "yela kalau koyak nanti lagi susah.." dia pun berlalu tanpa mengucapkan selamat tinggal..tapi aku tak sedih..terhibur jugak la hati aku tadi..

aku pun teruskan menolak sampai la ke stesyen petronas dekat uptown..sampai situ aku pun terus isi angin..tapi tapi..masa isi angin tu aku jumpa pulak paku (kelihatan sepertinya) melekat kat tayar belakang, besar pulak tu..ya ampun..da la jauh lagi perjalanan aku ni..lepas aku tambah angin tayar depan pulak, aku start motor dan memecut pulang kerumah..

dalam perjalanan balik ada la teringat sikit² masa kerja kat stesen minyak dulu..pastu terpikir pasal pam angin tadi, rasanya compressor yang bermasalah tadi tu, sebab angin slow je..ish..teringat jugak penah tejumpa sorang minah menolak motor dekat dengan stesen bhp tu, entah² dia pun terkena macam aku..mungkin..hmm..kesian pulak aku..aku pun meleleh² (peluh) menolak motor..huuu..akhir kata, alhamdulillah aku sampai rumah dengan selamat..dan selamat jugak menaip untuk kali ini, dengan tangan hitam² tak basuh lagi ni..hahaha..

until next time..

02 April 2010

Bukan sekadar merindu..

Oh tidak!

Mengapakah hati ini begini?
Mengapapulakah perasaan aku begitu?

"Tanya sama hati, apa sebab gundah..nanti jawab hati, aku pun tatauuu.."

- berlaku masalah teknikal pada hati & perasaan penulis pada ketika ini, harap maaf atas segala salah/tidak faham

19 March 2010

Gi sekolah naik bas..

hahaha..mane de gi sekolah la..acah je tuu..hoho..siang semalam aku & my bro gi ke ofis naik bas..memule aku fikirin, apa ini benar? tapi bile da duduk tunggu bas kat pehentian bas, barula otak aku ni waras sket & dapat terima kenyataan..best jugak naik bas sekali-2 3 kali ni..

so ape yang best? huu..memule pejalana aku rase best sebab bas tu begerak slow & steady je..best..mase tu aku pk cmni "bestnye kalau orang² yang tengah kelam-kabut tak cukup masa nak gi ke somewhere dapat naik kerendaan awam macam ni..diorang nak cepat tapi tak boleh nak wat pape sebab bukan diorang yang memandu.." aku gelak dalam hati..hahaha ape la sengal sangat aku kan?

tapi beberape menet lepas tu aku aku pk cmni lak "alamak lembabnye la bas ni..huhuhu.." nasibla aku pk camtu jap je..kalau tak mesti kutu² aku da mati..sampai di kl kitorang singgah di cm untuk brunch..tapi bukan terus makan pom, dok usha² dulu kat dalam tu sambil tunggu kawan abang aku sampai..lapa sangat aku beli mini biscuit..bolehla wat alas perut..pastu bolom pom abes biskut tu abang aku ajak ke malay tea house..

malay tea house ni macam kopitiam biase je mase mule² aku masuk..specialty-nye teh la..obvious..pe yang agak menarik bagi aku ialah kat atas meja diorang de sediakan satu kad kecik berbentuk penanda buku yang ade info pasal bahan² yang dicampur dalam teh diorang..contohnya....err aku da lupa..hehe..ok pasal menu lak..umm..bagi aku menu diorang tak banyak pun tapi aku still susah nak wat pilihan..menu yang aku ingat; nasi lemak rendang tok (aku & my bro order yang ni), nasik goreng herba (kawan abang aku order yang ni), nasik ayam herba (kalau tak silap), laksa, mi rebus dll..air lak aku order teh + pegaga, abang aku teh + pegaga + selasih..kawan abang aku order malay teh tarik..die kate sedap..sedap la kut, gune susu soya..nasik yang aku makan tu sedap..bagi aku sikit (pinggan pom kecik jee) tapi mengenyangkan..puas hati la..sambal tak pedas sangat..de keropok sikit..ok la tu..nasik goreng herba tu aku tak rase tapi abang aku yang rase die kate sedap..so ok gak la tu..panjang pulak la review, macam nak promote je..haha so lepas kitorang makan & borak² jap, kitorang pom belah (lepas bayar la)..

lepas salam² dengan kawan abang aku, aku & my bro pun gi cari bas ke kawasan ofis aku..mase cari² tetibe aku rase perut ni nak memememembuang..so aku pun gi la ke tandas yang mahal kat dalam cm tu..50 sen tuuu..da la sebelum makan tu aku da masuk sekali, tapi mase tu kucil je..tandas tu nampak la macam mewah..pintu kayu tuu (siap bley skodeng..hahaha) tapi bagi aku mahal sangat la..ah tak kisah la kan janji hajat aku tertunai..lepas tu kitorang sambung cari bas..kitorang gi ke depan cm tapi macam takde je kitorang pun beralih la ke belakang..de 2 bas yang aku jumpa..kitorang naik la yang depan..

dalam bas ni masa aku naik tu ade la sorang mamat ni dok membebel pasal konduktor bas yang kononnya kurang mesra (atau tak mesra langsung) dengan dia..dari bebelan yang aku dengar dia tanye konduktor bas tu ade tempat duduk lagi ke..tapi konduktor tu jawab dengan kasar "tu tempat duduk tak nampak ke??" (aku agak je)..so die tak puas hati la..duk bebel² je mulut die..lepas tu mase konduktor kutip duit tambang die pun "nasihat" la kat konduktor tu macam ni "lain kali mulut jaga sikit ye.."..hahaha..lepas tu die sambung lagi membebel..haa yang ni la yang masalahnye..mulut die tak berenti membebel..sume bende die duk bebel..bas benti kat traffic light die bebel (plus carut)..bas slow sebab jem die bebel (again, plus carut)..lepas tu de penumpang depan & belakang die borak die duk menyampuk..masalah die ni, aku pk..memang pun..sebab aku dengar die tanye penumpang depan die "ko hisap tak?" patutlaaaa..ish ish ish..lepas tu da lame die asyik bebel je de gak aku rase macam nak bangun & belasah je mamat tu..mase tu aku rase penumpang² yang dekat mesti nak join same..tapi mood aku still ok lagi so aku simpan jela hasrat murni aku tu..hoho..part yang bestnye mase mamat ni nak turun..die bangun & bediri dekat dengan pintu tengah..die gi tekan loceng banyak kali padahal da ade orang lain tekan dulu sebelum tu..tetibe ade mamat yang duduk dekat dengan pintu tu bangun & sergah mamat hegeh yang cari pasal tu "hoi! lu gila ka?!suda ada orang tekan loceng lagi lu mau tekan apasal?!" cuak mamat hegeh tu aku tengok..nak je aku gelak..mamat yang sergah tu lak badan besar..kalau la kene hentak memang lempeng la.."sekarang lu turun!!" jerit beliau lagi..mamat tu dengan cuaknye jawab "ok ok" pastu aku tak nampak da die..

lepas je mamat tu turun penumpang² yang duk dekat situ mulela bukak mulut masing²..oooooow..patutla (lagi)..rupenye mamat hegeh tu jugak tengah mabuk..so mase memule die nak naik konduktor bas tu tak bagi..haishhh..lantak ko la labuuu..aku pun senyum jela..duk dalam bas tu sampai ke hentian bas yang kitorang kene turun..da turun tu kitorang bejalan lak ke ofis..jauh gak..2kilo ade kut..so memang exercise gak la..aku tak penat sangat pun cuma dahaga..panasss..sampai ofis barula dapat basahkan tekak..besh²..so sampai sini jela wat kali ni..

until next time ;)

12 March 2010

Beberapa jam kemudian..

:) aku masih happy..aku happy dapat kenal seseorang dengan kapasiti pengetahuan yang agak banyak walaupun dalam mase yang singkat..kemudian aku teringat sesuatu, cerita lama..dulu aku penah rasa tak seronok bila aku macam keliru dengan dia..masa tu aku macam tak kenal dia..sebab caranya yang berubah, layanannya juga..sedih..geram..marah..tetapi masih sayang..semua sebab itu, macam tak kenal..dia pun pernah jugak..dia kata aku unpredictable..aku rasa masa tu dia rasa benda yang sama..tak kenal..hmm..pening..haha..

berbalik kat seseorang yang aku baru kenal tadi..sayangnya aku terpaksa jauhkan sedikit jarak aku dengan dia..alahai..da la memang jauh..lepas tu kena wujudkan beberapa dinding..huhu..tapi aku ok..masih happy..sebab aku tau dia memang perlukan itu semua..waa..memang bagus bila kita dapat kenal seseorang..

aku pikir lagi..gadis..aku ni unpredictable sangatkah? pelik dengan perkataan ni..aku adalah makhluk yang simple..aku jarang mengharapkan sesuatu..aku segan meminta..aku tak kisah memberi andai mampu..tapi kekadang memang aku cerewet..untuk beberapa benda..tapi sangat sedikit..unpredictablekah aku? makin pening..aku mau bermanja dengan bantal² kesayangan..aku mau menyelam dalam selimut..lain kali aku sambung pikir :p

until next time ;)

11 March 2010

Oh jerawet..

Arifufu : oh jerawat..
Jerawat : ape?
Arifufu : kenape ko selalu muncul kat muke aku?
Jerawat : mane la aku tau..
Arifufu : ko tau aku ari² cuci muke smpai 3 4 kali..
Jerawat : aku tatau la..
Arifufu : aku wat camtu sumenye sebab tanak ko muncul kat muke aku ni..
Jerawat : aku da bagitau kan, aku tatau!
Arifufu : aku tak suke la tengok ko kat muke aku..bile gaknye ko nak hilang?
Jerawat : tatauuuuuuuuuuuuuu!!
Arifufu : agak² ko minggu depan boleh stop tak?
Jerawat : tatau!
Arifufu : bulan depan?
Jerawat : entah tatau!
Arifufu : taun depan aku da 25, ko stop la ek?
Jerawat : ...ade ke aku kesah?!
Arifufu : uwaaaa..tolonglaaa..
Jerawat : . . .

Huu..oh jerawat. Sebenarnye aku kekadang je kesahkan jerawat² yang ade kat muke ni. Tapi still gak aku cuci muka selalu, lagipun sebab muka aku ni jenis berminyak. Harapnye nanti dapatla sesuatu untuk wat muke aku lebih ayu. Hohoho..

Until next time ;)

Di sini aku..

Akhirnya terwujudlah blog aku sendiri; sebenarnya malam ni aku agak happy selepas pening-pening, mual-mual & kemudian muntah-muntah. Gejala-gejala tersebut mungkin disebabkan makanan yang aku & abang aku makan awal malam tadi. Abang aku; "entah-entah diorang letak dadah dalam makanan kite.." aku; tergelak kecik. Aku happy sebab gejala-gejala tu sekejap je. Pastu bila sampai di rumah dapat pulak makan piza & sup cendawan. Tak cukup lagi aku makan pulak ais krim raspberry ripple + choco sauce. Best je. Sambil tu aku baca posts dari blog-blog orang lain yang agak menggeli-hatikan. Itulah yang buat aku akhirnya melancarkan jugak blog aku sendiri ni. Niat memang dah lama ada, tapi entahlah.

Jadi sebagai permulaan, aku nak kenalkan sikit pasal aku kat sesiapa yang sudi membaca. Aku ialah seorang Arifufu, umur 24 mengikut waktu tempatan, seorang lelaki 60~62kilo, bertinggi kurang-lebih 1.72m, lagi? Lahir, membesar & masih tinggal di Rawang. Bekerja sebagai Tukang Cuci (bukan nama sebenar) di sebuah syarikat webhosting, di KL. Huu..

Kenapa renjatan paradigma? Ok memule aku nak tuka penggunaan ayat. Lain macam je taip gune bahasa baku, gune perkataan penuh pun da cukup pelik. Biasenye kite dengar "Anjakan Paradigma" kan? Anjakan paradigma ni maksud senangnye bagi aku ialah perubahan pola atau cara. Biasenye dalam cara hidup seseorang, ke aras lebih tinggi atau ke arah lebih baik. Jadi renjatan paradigma ni ialah faktor-faktor sekeliling yang mengganggu proses tu dan kekadang renjatan ni boleh gak meng-accelerate anjakan paradigma tu. Kalau ade sesiape yang penah rase, marila kongsi sesame ye..

Until next time ;) muahx!