08 May 2010

Pilihan hari ini..

Yo! Wasap-wasap?!
Ngeee.. Biadap tul aku arini. Patutnye bagi la salam. Sopan-santun la sikit de..

Salam..
Hu.. Arini lepas aku pk², aku pilih nak share pasal 5800 aku. Ape binatang la 5800 ni? Well, 5800 ni hp nokia aku. Umo die mude je lagi. Baru je bulan 1 aritu lahirnye. Best ke? Umm.. Bagi aku la kan, dalam kategori harga & spec die hp ni agak best la. Lagipun hp ni popular sebab tu pun. Murah, menarik, bley tekan² kat skrin die.

Pasal spec, bley la aku share sket. Hp ni support up to 3.5G. Berat die 109g je. Berat bersih kut. Lepas aku pakaikan die baju tambah la sket, 2-3 gram. Pastu skrin die, mantapp. Aku memang suke dengan resolusi skrin dengan kejelasan die pe sume. Tengok muvie best je. Touchscreen lak tu kan. Stereo speaker lagi. Tapi biasenye aku cucuk headphone. Hp ni datang dengan 8gb microSD. Bagi aku banyak da tu. Takde perancangan pun nak upgrade tapi hp ni mmg bley support sampai 16gb. Tak tau la aku nak letak ape kalau memory card aku besar tu.

Pastu hp ni ade wifi & a-gps. Senang aku kalau nak bejalan (cari jalan). Software gps aku guna garmin. Nokia Maps yang ada dalam hp ni ok, senang guna berbanding yang lama. Tapi peta malaysia yang nokia bekalkan tak updated. Kalau tidak aku gune tu je. Taip pasal updated baru aku ingat, da lame tak update peta garmin aku. Takpe², sat lagi aku pi update. Kamera hp ni, best la untuk 3.2mp (sebenarnye 3.15mp je) sebab ada auto focus. Seronok la nak snap². Lepas update firmware hp ni baru² ni aku perasan kualiti gambar kamera pun lagi cantik. Ok la tuu.. Oh lagi 1, kamera hp ni support geotagging. Kalau gune garmin, bley tengok gambar² aku tangkap katne dalam peta. Untuk video, pun cantik gak. Bley rakam video dalam widescreen format. Bile tengok balik kat tv cantik, puas hati la.

Dari info² yang aku bace, cpu hp ni mse dikuakan speed die dalam 400MHz tapi semenjak FW v40 nokia da naikkan sampai 600MHz. Aku rase 400MHz tu pun da laju bagi sebijik hp. Yela, hp² generasi sebelum ni kebanyakannye 200MHz je. Kalau la dorang bley naikkan ram dengan FW update je. Hahaha, merepek. Dari segi bateri lak, ok la. Memandangkan aku tak gune secara ekstrim, boleh la tahan sampai 2 hari kalau tak caj.

Overall, spec hp ni kurang-lebih macam N97 gak la. Bezanya kat storage, ram & kamera. Pastu N97 ni ada slide-out keyboard. Tapi tu sume tak cukup untuk buat aku tergoda. Da la mahal. Hp ni pun aku beli ansuran dengan bantuan bos aku (tenkiu boshh)

So, sampai sini jela sharing is caring kali ni. Aku tatau nak share ape lagi pasal hp ni. Kalau nak tanye pape, jangan malu² ea.

Telima kasih daun kelubi, ada lejeki jumpe lagi ;)

No comments: